BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 20 September 2011

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

OREO CHEESECAKE

Bahan:-

  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)
  • 1/4 cawan butter - cairkan.
Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan (biasa akak gunakan jenama Philadelphia)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor - buang tali pusatnya
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. (Cara akak - setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan ciskek dengan alluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning - kali ni akak terlupa nak buat step ni...dah la terlebih kuning tu..hehe..)
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.

Ahad, 11 September 2011

Coklat Bar

Mari kita buat coklat bar kita sendiri . Anda boleh letak kekacang, kismis atau bubble rice di dalam coklat bar anda...Ikut pilihan dan kesukaan anda .... Tapi saya lebih gemar letak bubble rice sebab crispyyyyyyyyyy .



Bahan - Bahan :
300g coklat hitam/coklat susu ( ikut suka )
40g bubble rice ( dipanggang sikit )
10g kulit limau ( jika suka )
200g coklat hitam ( untuk menyalut )

Cara-Cara :
1. cairkan coklat hitam/coklat susu dan tuang selapis ( anggaran 1/4 acuan ) kedalam acuan dan biarkan SEPARA sejuk.
2. Sementara itu gaulkan bubble rice dan kulit limau kedalam coklat hitam untuk menyalut yang telah dicairkan. Gaul rata. Tuangkan kedalam acuan yang telah disisi separa coklat tadi.
3. Bersihkan tepi-tepi acuan . Biarkan beku sepenuhnya.
4. Setelah beku biasanya coklat bar di balut dengan aluminium foil untuk pembungkusan. Dan dibalut dengan kertas pembalut yang berwarna warni...





* Coklat Bar Buatan Sendiri


Monday, November 8, 2010

Coklat D'Hati

Resepi Coklat D'Hati
Bahan-bahan :
300 gm coklat putih kompaun - dicairkan berasingan
200 gm coklat gelap kompaun - dicairkan berasingan
100 gm badam cincang - di bakar
20 gm pes kacang hazel

CARA MEMBUAT :

  • Untuk lapisan pertama, masukkan 50gm badam kedalam coklat putih dan kacau sebati. Tuang coklat ke dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk lebih kurang 10 minit.
  • Lapisan kedua, masukkan 50 gm badam dan pes kacang hazel ke dalam coklat gelap. Kacau sebati dan tuangkan coklat ke atas lapisan tadi.
  • Bekukan coklat di dalam peti sejuk sehingga beku.

Resepi Coklat Berbentuk Hati
Resepi Coklat 'Love'

Coklat Edible Image Berbiskut

Resepi Coklat Edible Image Berbiskut
Bahan-bahan :
150gm coklat susu kompaun
50 gm coklat gelap kompaun
10 gm pes kacang hazel
8 keping biskut coklat berkrim
8 keping 'edible image'

CARA MEMBUAT :

  • Cairkan coklat susu dan coklat gelap berasingan. Kemudian satukan coklat tersebut dan campurkan pes kacang hazel.
  • Tuangkan sebahagian coklat ke dalam acuan, letakkan biskut ditengah dan tuangkan sebahagian lagi coklat menutupi biskut.
  • Bekukan dalam peti sejuk selama 20 minit atau sehingga beku.
  • Keluarkan dan lekatkan 'edible image' .

Homemade Chocolate Recipe
Resepi Coklat Barbie
Resepi Coklat Mickey

Friday, October 29, 2010

Coklat Strawberry

Resepi Coklat Strawberry
Bahan Untuk Inti :
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
20 gm jem strawberry

CARA MEMBUAT INTI :

  • Panaskan air dan madu dengan kaedah double boiler.
  • Setelah cair, masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati lalu masukkan jem strawberri.
  • Sejukkan inti sebelum digunakan.
Bahan Untuk Coklat :
50 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna hijau.
300 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna merah/merah jambu.

CARA MEMBUAT COKLAT :

  • Tuangkan coklat putih berwarna hijau untuk membuat tampok buah. Sejukkan.
  • Tuangkan setengah coklat putih berwarna merah, sapukan keliling acuan supaya menjadi kelongsong.
  • Bekukan dalam peti sejuk sebentar. Kemudian paipkan jem strawberry kedalam kelongsong. Bekukan lagi.
  • Tutup kelongsong dengan coklat putih warna merah sepenuhnya. Bekukan lagi. Boleh keluarkan dari acuan setelah beku.
Resepi Coklat Buatan Tangan
Resepi Homemade Chocolate

Tuesday, October 5, 2010

Coklat Bunga Sakura

Resepi Coklat Bunga Sakura
Bahan untuk inti :
60 ml susu cair
150 gm coklat susu kompaun
1 sudu besar pes kacang hazel
Pewarna merah jambu.

CARA MEMBUATNYA :

  • Panaskan susu cair dengan kaedah double boiler. Kemudian masukkan coklat susu. kacau sebati lalu masukkan pes kacang hazel. Sejukkan.
Bahan untuk membuat coklat :
50 gm coklat putih - dicairkan
150 gm coklat putih - dicairkan dengan pewarna ungu.
150 gm coklat susu - dicairkan.

CARA MEMBUATNYA :

  1. Tuangkan sedikit coklat putih berwarna merah jambu ke tengah bunga.
  2. Tuangkan coklat putih yang dicampurkan warna ungu ke acaun tadi. Paipkan inti kedalam coklat tadi.
  3. Penuhkan coklat ke dalam acaun. Sejukkan.

Coklat Pudina

Resepi Coklat Pudina
Bahan Untuk Inti
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
Sedikit perasa pudina
Sedikit pewarna hijau

CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan air dan madu dengan menggunakan kaedah 'double boiler'.
  2. Setelah cair masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati dan masukkan perasa pudina dan pewarna hijau. Kacau lagi.
  3. Sejukkan.
Bahan Untuk Coklat Pudina :
100 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampur dengan pewarna hijau.
150 gm coklat susu kompaun - dicairkan
100 gm coklat gelap kompaun - dicairkan
Sedikit perasa pudina

CARA MEMBUAT :
  • Tuangkan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna hijau kedalam acaun berbentuk daun. Bekukan seketika.
  • Satukan coklat susu dan coklat gelap kemudian masukkan sedikit perasa pudina.
  • Tuangkan setengah campuran coklat ke dalam acaun. Paipkan inti pudina kedalamnya.
  • Tuang coklat sehingga penuh acaun. Bekukan di dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit sebelum keluarkan dari acaun.

RESEPI HANDMADE COKLAT PERISA COKLAT CHEESE + COKLAT PUTIH



BAHAN-BAHAN:
250gm krim keju (pilih yang halal)
coklat compound putih - 1 BAR
coklat compound warna dark coklat- 1 BAR
perisa strawbery(tak nak bubuh pun takpe)
susu pekat (5 sudu)-nak bagi berkilat sikit

CARA-CARANYA:

1. Korang double boil dulu coklat putih pastu terus isi dalam acuan dia ye...pastu korang teriapkan acuan tue sebab kita just nak buat kerongsong(badan je) selepas itu masukkan mould ini kedalam peti sejuk seketika sebab kita nak buat inti dia..

2: Korang double boil dark coklat pastu masukkan krim keju campur la dengan susu pekat manis dengan perisa strawbery tue kacau sampai likat..

3. Masukkan adunan diatas ke dalam acuan yang sama selepas tue ambik coklat putih tadi tutup permukaan mould tue pastu dia akan jadi macam nie...
pastu masukkan acuan tu dalam peti sejuk
selepas beku baru ketuk... dan inilah hasilnyer


SELAMAT MENCUBA