BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 14 Ogos 2011

puding roti berkeju

bahan2:

8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3 sudu besar cream cheese- (leh ganti ngan keju parut atau slice)
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip

utk sos:

200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega

cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, cheese dan gula...
lenyek2kan dan adun rata
campurkan baki 1/4 tin susu
sebatikan
(dia jd ketul2 skit)
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh

utk sos:

campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut

*mungkin akan nampak mentega
dan cream cheese jd ketul2 kecil,
biarkan je, nti mentega akan larut masa bakar..
cream cheese lak x larut pun x pe, lebih yummy!

kalau guna slice, koyak2an kecil2

-tunggu sejuk sblm potong! baru dpt potongan yg cantik dan x sememeh-


0 comments: